Saturday, May 16, 2020

YANG TERRLUPAKAN

                         SINOPSIS


SARA ELINA 
            Dikala hatinya dipenuhi kebahagian 
dia dikejutkan dengan kepergian dua orang tuanya yang tercinta.Hatinya rapuh tapi tidak mungkin dia menunjukkan kerapuhannya itu lalu dia memilih untuk pura-pura kuat dan tabah.Dek kedegilan dirinya lalu dia memilih untuk meninggalkan rumah,Bermulalah kisah baru dalam diari hidup nya.

RIZQI HAMIDI
           Pekerjaan menuntutnya merantau jauh meninggalkan keluarga yang tercinta.
Pergaulannya bebas,dia tidak mahu terlalu memikirkan dirinya yang jauh dari keluarga,dia ingin melupakan dengan cara sedemikian.

     "kalau aku tak pernah sayangkan kau,aku dah lama pergi"-Sara
      "Eh,berambuslah kau perempuan,aku nak bersendirian"-Riq
       "saya tetap menunggu,sampai satu saat awak sedar akan keikhalasan saya"-Naz

Antara cinta dan derita siapakah yang akan menemuinya?.Kehadiran orang ketiga akankah mampu meneguhkan sebuah hubungan?Keadilan masih wujudkah? Dan siapakah Amran dan Qistina.

YANG TERLUPAKAN

                               BAB 1

    "Sara Elina,Puan pengetua mahu      berjumpa dengan kamu sekarang" 

Seketika kelas Tingkatan 1 Compassion menjadi hingar bingar saat Cikgu Ammar memanggil salah seorang pelajar kelasnya untuk berjumpa dengan pengetua sekolah.Di suatu penjuru kelas,si empunya nama seakan2 tidak sedar nama nya dipanggil,rakan semeja nya menyedari yang dia sibuk mengelamun lalu mencuit bahunya.

          "Oi,sara..pengetua nak jumpa kau" 

Suara Alia antara jelas dan tidak pada pendengaran Sara.
              
         "hah!?..oh okey aku pergi"

Sara bangun dari tempat duduknya dan membuntuti guru kelasnya menuju bilik pengetua,dalam kepalanya berlegar pelbagai soalan.Kenapa pengetua ingin berjumpa dengan nya,kesalahan apa yang dia dah buat,apa pengetua tahu bahawa dia telah ponteng kelas tiga hari yang lepas,ah tak mungkin.Kata nya di dalam hati sambil kepala nya digeleng gelengkan.Cikgu Ammar menyadai gelagatnya nya itu,dia tahu pelajarnya itu sedang dalam keresahan namun dia tidak mahu membuka mulutnya terlebih dahulu,biar lah puan pengetua yang akan memberitahunya nanti.
               Toktoktoktok!!!,
Cikgu Ammar mengetuk pintu puan pengetua.
             "masuk"
Tanpa berlengah Cikgu Ammar membuka pintu.Sara yang membuntuti gurunya itu sedari tadi menarik nafasnya dalam2 kemudian dengan perlahan menutup pintu.

         " Sara Elina,cikgu harap sara tenang lepas mendengar apa yang bakal cikgu beritahu nanti"

Semampu mungkin Puan Kamsiah mengatur tutur bicaranya,dia tidak mahu pelajar itu terlampau terkejut selepas mendengar apa yang bakal disampaikannya nanti.Sara hanya mengangguk kepala dan beberapa garis ketidakfahaman terbentuk didahinya.Puan Kamsiah menarik nafas nya kemudian memandang ke arah pelajarnya itu,Guru itu tahu bahawa bukan mudah menerima khabar yang sedemikian.

       "Cikgu dapat panggilan dari datuk dan nenek Sara,mereka memaklumkan bahawa.."

Sara mengerutkan dahinya,dia semakin tidak sabar dengan apa yang ingin dikatakan gurunya itu.
 Puan pengetua menarik nafasnya sebelum menyambung kembali akan khabar yang menyedihkan itu.

      "Atuk Sara mengatakan bahawa Ibu dan Ayah Sara terkorban dalam kemalangan jalan raya"

Sara terkaku,badannya terasa lemah,dia seakan tidak percaya akan apa yang didengarinya.Cikgu Ammar yang sedari tadi hanya menjadi pendengar memegang bahu Sara,seakan akan meminta Sara untuk bersabar.Sukar bagi remaja seperti Sara menerima kenyataan itu tapi yang hidup pasti mati.Mata Sara berkaca,setitis demi setitis air mata kesedihan mengalir dipipinya,Antara pecaya dan tidak,tanpa dapat ditahan esakkannya semakin jelas kedengaran.